for pemilik cintaku ♥ ,

" Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu , jika hilang agama yang ada pada dirimu , maka hilanglah cintaku padamu. "

Status :
Sem break saya kali ini sangat oh-sem. Saya dating dengan ramaiiiiii orang ;p

I wish I was her and you were MINE , .♥syekkey,

THE Writer ;

My Photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Good girl love bad boy ? - " We make choices and our choices will make us " Believe and keep calm.

Tuesday, May 29, 2012

#BSM 1

Mimpi apa entah aku malam tadi. Haih post ni akan panjang jela. Kalau rasa malas baca , jangan baca dari awal sebab bila kau dah mula baca , kau mesti nak baca sampai akhir punya. Ecehh. Aku tak baca mana-mana novel cinta. Sungguh tak baca. Cuma malam tadi , sebelum tidur aku keep listening satu lagu ni :P then....ha hambek kau , kemain lagi.
_____________________________

Ini kisah bagi pihak Bedah. Kisah cinta Bedah. Kot. Kot lah kan.

Bedah.. orang yang sudah hilang kepercayaan pada cinta. Gara-gara cubaan ‘cinta pertama’ Bedah yang dipermainkan. Since that , Bedah lupakan makna cinta itu indah semua tu , no love dalam kamus hidupnya. Dalam kepayahan Bedah melupakan cinta , Mamat datang menghulurkan tangan (actually bantuan ok huhu). Mamat datang sebagai seorang kawan. Mamat...orang yang masih belum pernah bercinta. Sangat gigih mencari cinta , cinta yang bukan sekadar untuk dipermainkan , pencarian cinta sejati (konon). Mamat dan Bedah menjadi kawan rapat untuk seketika. Ayat yang selalu Mamat pesan dekat Bedah , ala-ala macam ni , “the only way to forget is to accept”. Nampak tak nampak tak skill nak menge-flirt kat situ ? Akhirnya Bedah tinggalkan Mamat atas alasan Bedah takut ter-jatuh cinta lagi.

(Masa tu , apa Mamat rasa ? Entah. Aku tak tahu. Ni kan aku nak cerita bagi pihak Bedah , bukan Mamat. hihihik. )

Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan ? Heh. Salmah..orang yang bertuah mempunyai cinta. Kehadiran Salmah dalam hidup Mamat amat memberi sinar baru untuk Mamat. Kali ni , Mamat tekad untuk jatuh cinta ! Cubaan Mamat untuk mengikat tali kasih bersama Salmah akhirnya tidak kesampaian. Hati Salmah ada yang punya miliknya.

Bagi orang yang seperti Mamat , yang belum pernah bercinta , mana mungkin Mamat dapat menahan kesedihan dipermainkan sebegitu rupa. (First trial dah kena reject bhahahaha okay tak baik) Salmah terlaluuuu memberi harapan segunung tinggi pada Mamat namun akhirnya Salmah hancurkan segalanya sekelip mata. Mata Mamat habis ‘buta’ , dia betul-betul hanya mampu melihat keistimewaan Salmah. Telinga Mamat sampai ‘pekak’ , dia tidak peduli apa pun orang kata. Mamat tunggu Salmah. Mamat tunggu. Mamat tunggu. Mamat tetap tunggu sedangkan Salmah mencipta cerita cinta romantisnya sendiri.

(Ehemm. Apa sudah jadi dengan Bedah ? sudah puas menghilangkan diri tanpa khabar berita ? Barangkali kita fikir....setiap perpisahan itu , itulah pertemuan kali terakhir tapi kita silap. )

Perpisahan yang kita cipta sendiri tak bermakna kita takkan bertemu lagi.

Bedah hilang jauh jauh , sembunyi lama mana pun akhirnya ketemu Mamat jugak. Bedah dan Mamat akhirnya berhubung semula atas dasar persahabatan. Mamat menceritakan kisah cinta nya dengan Salmah yang tidak kesampaian. Kebetulan , Bedah dan Salmah saling berkenalan. Ahh ni putaran cinta ? Kecilnya dunia.

Terlalu melayan kesedihan di hati , Mamat mula menyimpan dendam terhadap Salmah. Bertindak sebagai seorang kawan , Bedah melarang hajat Mamat tersebut. Bedah ingin menjadi umpama air penyejuk bagi api kemarahan Mamat. Bedah dan Mamat saling bertukar cerita dan berkongsi duka suatu percintaan , lama kelamaan mereka lebih jelas objektif utama dalam hidup mereka. Mereka perlukan kawan sejati , bukan kekasih haprak. Persahabatan jauh lebih berharga dari percintaan. Percintaan itu bullshit hoyeah hoyeah.

(Lelaki dan perempuan takkan boleh jadi kawan baik , pernah dengar ? Lelaki dan perempuan yang kononnya kawan baik tipu lah kalau salah seorang di antara mereka tiada yang terlanjur cinta. “Kawan selamanya” Sampai bila kata-kata ini boleh kekal lama ? Hmmm.)

Hubungan mereka makin hari sudah lari dari objektifnya. Sikap Mamat yang makin hari makin mesra sampaikan Bedah menghidu suatu tak kena , lalu Bedah buat keputusan tinggalkan Mamat LAGI.

“Saya tahu awak orang yang baik , awak masih belum pernah bercinta. Saya ni bukan orang baik. Awak ingat kisah silam saya ? Kisah di mana saya terlalu taksub dengan cinta. Saya tak layak dengan awak , awak terlalu baik buat saya”

(Boooo. Puihhh ! Alasan common untuk tinggalkan seseorang. Alasan semata-mata. Orang yang pernah bercinta semuanya jahat ? They cant deserve cinta yang baik ? Siapa kata. Cuci mind kau tu.)

Nama pun alasan. Yang sebenarnya Bedah tinggalkan Mamat sebab Bedah kononnya sudah jumpa lelaki in future-nya. Bedah juga manusia biasa , tak lari dari melakukan kesilapan. Perempuan..nakkan yang terbaik , dah jumpa orang yang lebih banyak kelebihan depan mata , yang lama habis hilang pudar warna cinta. Mamat tak mengalah. Mamat pujuk Bedah. Habis dingin layanan Bedah terhadap Mamat. Mamat sabar dan akhirnya menyendiri lagi.

(Apalah nasib Mamat , kini ditinggalkan buat kali kedua ? Mungkin. Repeat , perpisahan yang kita cipta sendiri tak bermakna kita takkan bertemu lagi. Kalau nak bercinta , biar si dia mengenali kita dengan persahabatan dulu , pernah dengar ?)

Aiwah. Tak lama lepas tu , angan Bedah ingin bertemankan yang lebih baik musnah. Bedah kembali dalam hidup Mamat. Mamat terima dengan tangan terbuka. Hubungan mereka yang ini bukan seperti biasa-biasa. Bedah sesal dengan perbuatan lalu. Mamat berhajat takkan lepaskan Bedah kali ni. Erk teman tapi mesra ?! :O Ramai muda-mudi memilih untuk kekal seperti ini. Kekal teman tapi mesra. Tak couple pun , cuma teman tapi mesra. Couple tu mesra-mesra , teman pun mesra-mesra , nampak ada beza ke haaaa , bodoh.

Barangkali mereka fikir mereka sudah benar bahagia berteman tetapi mesra gitu. Jeng jeng jeng...Salmah pulang!!! OMG OMG Iskisk. Salmah pulang untuk meluahkan kesedihannya. Salmah sekarang tak punya siapa. Kesian Salmah. Salmah menderita atas permainan cintanya sendiri. Salmah terluka. Bedah support Salmah , bagi penuh semangat untuk Salmah teruskan hidup. Salmah perlukan seseorang untuk menjadi tulang belakangnya. Bedah cerita dekat Mamat mengenai jiwa Salmah yang sedang bergelora , lalu respon Mamat ?! Terus menggelupur tanya khabar Salmah. Bajet gentleman yang mendamaikan jiwa perempuan yang sedang berduka. Pada mulanya Mamat hanya simpati ? Lama mana jiwa Mamat dapat bertahan ? Kekasih yang dia idamkan kini sudah bebas..

(Faham kan apa yang bakal jadi. Kruk kruk. I know you all clever than me so you can predict well sendiri kan ka-ching ka ching)

Sejak dari itu , Bedah kecewa. Setiap hari Bedah kecewa. Mamat jatuh ke tangan Salmah. Salmah mula sedar kehadiran Mamat amat bermakna. Bukan salah Salmah. Bukan. Salmah tak tahu hubungan di sebalik Mamat dan Bedah. Salmah cuma mahu menghargai kasih sayang yang Mamat berikan dan menebus kekhilafan lampaunya terhadap Mamat.

Dan sekarang,
Salah siapa yang mengunci mulut ? Siapakah si pengecut ?

Saat ini , Bedah berbelah bahagi antara menolong Salmah mendapat Mamat semula atau selfish mencipta cinta bersama Mamat?

Saat ini , Mamat berbelah bahagi antara kekalkan kebahagian bersama Bedah atau mengejar cinta Salmah yang sepatutnya dari dulu miliknya ?

Saat ini , Salmah berbelah bahagi antara menerima kasih Mamat yang lama menantinya atau berterusan menderita ?

#BSM. Bedah. Salmah. Mamat. Bukan salah mereka.

Rumit bukan. Siapakah orang ketiga ? Betul kata terfaktab , jangan set dalam mind kita bahawasanya orang ketiga tu semuanya antagonis. Mereka punya hati dan mereka juga bisa terluka. Sesiapa pun di antara kita bisa terluka , mahupun orang ketiga bahkan pertama dan kedua.

Cinta dalam diam. How come kita boleh jatuh cinta dengan kawan baik kita sendiri ? Kalau nak kekalkan hubungan persahabatan tu , don’t let her/him tahu yang kita ter-lanjur cinta eh , itupun if you tak nak putus kawan. Pandai-pandai ah cover ! ;)

Guys. Girls. Susah sangat ke nak cari pengganti yang ‘jauh’ sedikit ? Balik-balik , pusing-pusing amik antara kawan-kawan kita jugak , mana nak berkembang macam ni -,- *peacepeace*

Karma is the best revenge , pernah dengar? Ataupun , hidup umpama roda , pernah dengar ?

Endingnya , ada pada senikata ini.

Teringat akan masa lalu yang kita lewati. Terasa indah sayu meresap di dalam sanubari. Meski duka sempat singgah. Hadapi bersama. Bahagia selalu ku rasakan. Kini hilanglah sudah kisah. tinggal lah kenangan. Saat dia datang menghampirimu dengan segala janji. Hapuskan sudah semua atas nama cintanya. Hapuskan cerita kita. Ingatkah kamu saat kita bersedih? ingatkah kamu saat kita bahagia? Ingatkah kamu janji bersatu? Demi kasih sayang kita nanti hari esok berdua.

“ Now , you get it? ”
-Bedah

Perpisahan yang kita cipta sendiri tak bermakna kita takkan bertemu lagi.
Keep my word.

listen , click here
......ingatkah kamu ?
syekkey :')

Saturday, May 26, 2012

Reunion @ Sg. Chilling.


Reunion King Ali High School
@ Sg chilling
12 May 2012/Sabtu
Alhamdulillah.


hihihik <-- senyum gedik. Thanks yanggggg tak terhingga untuk semua yang menjayakan reunion ni. Thanks to all-the-boys lah kan , sebab pihak kami ge-girls tak buat apa apa pun. Hihi. Aku ada alasan baru habis final exam ok. Hahaha. Ini trip pembukaan sem break aku XD Daebak ! Bila start gather dengan korang pagi tu , serius takut nak turun kereta kot. Takut jadi speechless jumpa korang semua lolz. Tapi memang tipu lah kalau dah jumpa then diammmm je lagi lagi dah kalau si nakali bagaiii tu dah start sakat orang. Pecah perut wa cakap sama lu woiii.

Dulu bila keluar , naik public transport jehhh sekarang amboihh bukan main deret-deret kereta. Roger jeh nanti tup tup dah ado depan rumah. Ni baru konvoi tujuh kereta satu motor , kalau ramai lagi boleh pergi , aiwahhh confirm confirm kena sewa bus terus. For kereta yang terlambat se-minit sampai , sorry takde dalam gambar photoshoot sob sob T_T Jum ahhh pi mana-mana , agenda semata-mata untuk photoshoot , siapa setujuuuuu ? ^_^ Krukkk krukk~ No respon. Booooo. Ehhhee.

Ehemm semakin cantik kakak-kakak kita , semakin poyos abang-abang kita. Hypothesis accepted ? Hehe ;) Anyoyoyo tak tahu nak cakap macam mana. Comel lote kot korang sekarang. Gila handsome semuaaa. Bagi tahu je ah korang guna pencuci muka apa. Ehhh? XD hehehe. Nak kata semua masih sama , erk erk ada je nampak perubahan cuma tang menganjing and kuat membahan tu makin menjadi-jadi ada lah :P Bila pikir-pikir balik , korang membahan benda yang lama semua ni , tu tandanya korang still ingat-mengingati di antara satu sama lain kann. Ouch ouch terharuuu ;’) Yang lama tuh semua kan pengalaman so kita ingat as pengajaran ok. Sooo takpe takpe aku bagi green light ni mari lah membahan sesame kita. Jum kentalkan jiwa , mungkin anda mangsa bahanan selepas ini !!! lol. Ni ha random pic random pic....





Cousin aku serang tanya ni siapaaaaa -.-"
Yang special niiiii , hukhukhuk. Hok aloh adik angkat je pun. Ni bukan crush aku woiii =.= Harap maklum. My crush tak datang ahh reunion cis cis cis. hahaa sengal. Ni muaz lah , satu-satunya budak bawah umur yang join trip ni. Untung muaz ni ada ramai big brader and cute sister jaga diaaa ;') Setahun sekali jeh dapat jumpa T_T Masa muaz form 1 dia lagi kecik dari ni , sekarang dah boleh kira bosarrrr eh dek , bosar sama lah pulak. Padahal kita dua sama je kocik ha. Takpe takpe , badan kocik , otak bosar takpo dek takpo dek. Apa apa pun muaz pilih untuk masuk universiti ni , percaya semua orang ada rezeki masing-masing. Contohilah akak ye. kahkahkahkah.

Lastly , sorry ada yang kurang sana sini. Sorry jugak gurau gurau sana sini yang mungkin ada yang terasa hati.  Ampunkan aku dongg  ! Bisa nggak ? :) And gambar ni dari phone camera aku and zen jeh , yang dari dslr siapa rajin pergi amik kat Akmal eh. Katanya mihun masa reunion ni , Rudy yang masak en ? Sedap gila bhaiiiii mihun. Betul tak tipu. Yang tukang bbQ ayam pun bagus yaa amat. Thanks again , again and again. Haaa untuk driver driver yang berhemah (konon) , arigatooo brader ! huhu. Untuk CEO , good job ! Attention , baju reunion yang extra ni ada dekat aku , siapa nak siapa nak siapa nak siapa nak BELI inform jeh :)




Distance and time cannot break us ;’)
Betul. Walau jauh mana kita pergi ,
walau berapa lama tak bersua ,
insha Allah kita kawan selamanya.

Khabar angin mengatakan bahawa next reunion nak buat di genting ?! :O hihihihi.

Friday, May 25, 2012

Hoore Hoore Movie

Siapa peminat akim AF , raise your hands up !
Siapa peminat sudirman , raise your hands up !

Saya saya saya saya saya saya !
Saya peminat Akim je sebenarnya ;p

Okay dah lama gua tak buat review movie. Dah alang alang tengah free plus tengah rajin ni , taraaa ;) Filem muzikal jeng jeng jeng HOORE HOORE ! Eh ni bukan nak review pun. hihihi Gua tahu movie ni last minute. Minute yang tersangat last ! XD Itu pun secara tak sengaja ter-tengok the making dekat astro tu ha.

WALAWEI DEBAB
Cuma orang tertentu je yang faham ni kenapa gua and Smaq gelak besar tadi ;)
Halahhhh cerita dia simple jeh , tengok poster pun dah boleh agak apa jadi en ? Pasal budak debab-bab-bab yang berangan nak masuk competition ratu idola then at last dia menang. Lagipun kat poster tu dah terang tang tang menunjukkan si debab tu menang -,- phewwwww. Ni ha Sinopsis filem hoore-hoore. <--Baca dari sini ok ok.

Memang boleh cakap movie ni cliche yawww. Tapi dah kalau cliche yang gua sanggup promote ni , apa kehel en ? Movie ni best sebab macam tengok teater ;') Serius macam teater sebab ada nyanyi-nyanyi and joget-joget. Ni bukan nyanyi joget yang macam hindustan bollywood tuu , ni yang terbaik punya. Suara ? Perghhhh. Pi google dengar sendiri kat youtube. Click here my favourite hihihik ^_^

"Kita dalam menghadapi kehidupan ,
jangan taruh pagar mengelilingi kita "

Mendalam. Tu pun kalau faham. Dibuatnya lampi , memang sukar untuk dibantu. Heee. Lagu yang dimainkan dalam movie ni , 100% lagu Allahyarham Sudirman. Best weh. Nostalgia. Bagi peminat Allahyarham Sudirman yang 'agak' berumur tu , confirm leleh rasanya. Alahaiii , ada budak tu umur 19 pun nangis ;p Ada scene sedih , lagu Ayah and Ibu tuuuu , ASMA WAHIDAH menangis woiiiiiiiiii ! LOL. Gua tak nangis sebab gua terlalu enjoy masa tengok movie tadi. Sesuai ditonton oleh cewek-cewek yang rasa rendah diri tentang diri sendiri. Haaaa ni serius kalau betul ada manusia yang macam Johari dalam cerita ni , gua nak cop ! Memang jarang lah ada manusia yang macam Johari ke memang takde langsung kot. Hmmm. Macam mana Johari tu ? Mencintai bukan kerana paras rupa ? Ehh ? Maskulin cinta ? Haaa nak tahu , pergi la tengok okay.



Betul tadi naluri kuat gila kata tu Hafa. After 4 tahun tak jumpa , Alhamdulillah terserempak dengan Hafa yang tudung biru tuuu :D Happy sangat. Walaupun dah lama tak jumpa , tapi tadi slumber dek je bahan bahan tak ingat dunia. Smaq pulak pergi menggamit memori lagu nasyid Impian Kasih. If ada masa tadi , memang dah bergosip habis-habisan punya.

Smaq , thanks teman aku tengok wayang.  Thanks ah pilih Hoore hoore movie jugak walaupun hari ni banyak pulak movie release. Thank youuu jugak sudi tidur rumah aku. hihi.

Dan yang ramai-ramai tu , ex wirawati kem plkn similajau sarawak. Eh wanimer kenal takk ? ;) Assalamualaikum kawan baru Zati , Epa and Intan :D Nice to meet you girls. Ecehhhh.



_________________________________
Al-faatihah buat Allahyarham Sudirman Hj. Arshad.

Tuesday, May 22, 2012

Hakuna matata



Hakuna Matata
is a Swahili phrase that can be translated literally as "There are no worries." Its meaning is similar to the American English phrase "no problem" or Australian English phrase "no worries" and is akin to "don't worry, be happy". The phrase was made famous by the movie The Lion King.
-copy cat dog from google wiki wiki pedia yaww ;)



aku taip. aku delete. aku taip. aku delete.
Apesal bangang sangat bila nak update blog ni ?
Tapi bukan main lagi bila nak compose tweet -,-
siap berjela. sampai kena cut cut.

aku taip. aku delete. aku taip. aku delete.
sebab dorang lagi bagus menaip dari aku.
aku rasa penulisan aku bodoh dan hodoh.
komen ikhlas tulus dari hati.

aku taip. aku delete. aku taip. aku delete.
aku fikir dari segala sudut.
kau tersentap kalau aku bagi tahu orang itu ini ?
semoga takde yang terasa hati.

aku taip. aku delete. aku taip. aku delete.
itu tak kena ini tak kena.
terlajak perahu boleh berundur ,
terlajak taip.....
hakuna matata kan boleh delete.

Okay sebenarnya aku nak update blog woiiii tapi dari tadi
aku taip.aku delete.


Aku. cuma nak bagi tahu aku okay.
Ya...okay. Okay bila kau orang ada.
Kalau kau orang takde , tak okay lah,
Tu pun nak tanya. ;p

Aku. cuma nak kongsi apa yang buat aku gembira.
Ya...gembira. Gembira bila harihari keluar rumah HAHA.
Gembira bila hari hari jalan sana sini.
Gembira bila kawan datang tidur kat rumah aku lagi.

Aku. cuma nak seru kau orang jum move on.
Ya....move on , tinggalkan semua yang buat kita bersedih hati.
Jum jum jum !

Aku. sebenarnyaaa cuma nak bagi tahu ni.
Bagi tahu yang kitab terfaktab sangat best ! 
Hakuna matata aku ok promote terfaktab secara free.
Aku ada kitab satu dan dua ,
sekarang , tunggu keluaran kitab tiga.
terfaktab buat aku rasa I'm not alone ,
bila ramai lagi tu haaa yang forever alone.

Ahhhh dari tadi aku. Bosan aku. Eh aku lagi ? Argh, aku tensi dengan aku sendiri.

 

#np berhenti harap. betul , hentikanlah.
jangan nak dikejar manusia yang nak pergi.
kau kan ada asthma syek ?
karang kejar dia sana sini tak pepasal semput macam mana nanti ?

dia pergi dapatkan cinta yang dia ingini,
dia tinggalkan kita bergantung tanpa tali,
sampai hati dia buat kita macam ni,
let it be let it be,
hakuna matata erk erkkk hakuna kau pergi mati.
aihhh bila dia minta angkat kaki , kita bagi.
kalau simpan pun nanti hati kita terluka lagi.
Puihhhh kita rasa sakit sampai nak bunuh diri ?
alahai trust me ,
dia pun bukan boleh berdikari tanpa kita di sisi ,
tunggu dua tiga hari dia datang cari ,
berani bak datang sini kalau sanggup kena maki.
kita mesti lupakan dia yang serupa tahi.
ini cara yang boleh buat kita happy !

Ok dah dah enough. ni abah nak hantar aku balik mmu kejap lagi. tapi nanti balik rumah kena balik sendiri oiiiiiiiiiiiii. takpe bah , takpe mak , hakuna matata irah reti jaga diri.

Rabu , siapa nak follow pi smk raja ali ?
Khamis , siapa nak follow pi movie hoore hoore ?